
MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (empat dari kanan) bergambar bersama pesakit kanser sebagai tanda sokongan terhadap program RLF yang berlangsung di Melaka minggu lalu.
BAGI bekas pesakit kanser, tiada ada apa yang dapat mereka ucapkan selain memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana masih mampu menjalani kehidupan seperti manusia sihat.
Bagaikan dianugerahkan satu nyawa baru, bekas pesakit kanser dilihat lebih menghargai kehidupan mereka dan tidak memandang ringan soal kesihatan, kebersihan serta keselamatan kerana enggan menderita buat kali kedua.