"Sesungguhnya yang menurunkan penyakit itu jugalah yang menurunkan ubatnya."

Hadis riwayat al-Quda'i, Ahmad, Ibn Hibban dan Hakim

AIR DAN KESIHATAN

Sunday 5 June 2011


salam..


Ingat lagi tak dulu kita belajar tentang air dan kehidupan dalam subjek Alam & Manusia? (sekarang ni dh ditukar kpd subjek sains dan diwajibkan dlm UPSR.) Salah satu fakta yang diajar adalah air meliputi lebih kurang 70% permukaan bumi dan air juga mengisi 70% kandungan dlm badan kita. Banyak kan tu..KENAPA YE? Sebab air merupakan sumber utama kehidupan yang mana air adalah pemangkin utama utk sel2 dalam badan kita menjalani segala jenis proses bagi kelangsungan hidup.


Namun ramai sebenarnya yang memandang remeh pada kepentingan air. Kita sebenarnya digalakkan meminum 8 gelas air masak sehari, tetapi berapa ramai yang betul-betul mengamalkan amalan yang baik ini? (sila angkat tangan!) kita lebih suka minum air milo ais, nescafe etc etc daripada minum air masak..alangkah ruginya..

Malah di dalam Al Quran Allah berfirman di dalam Surah Saad : " Ingatlah akan hamba kami . Ayyub , ketika ia menyeru Tuhannya : Sesungguhnya aku disentuh syaitan dengan kesusahan dan siksaan ( Penyakit yang disebabkan oleh syaitan , hama-hama penyakit ) ( firman Allah kepadanya ): pukullah ( bumi ) dengan kaki engkau , ( lalu terbit mata air ). Inilah air mandi yang sejuk dan minuman ( lalu sembuhlah penyakitnya )"
Dari ayat ini jelas menunjukkan bahawa air itu merupakan penawar kepada penyakit..

Kajian telah membuktikan bahawa semakin banyak air yang kita minum, semakin banyak toksin dlm badan yg akan dikeluarkan. Air juga akan meningkatkan metabolisme badan dan akan meningkatkan ketahanan badan utk melawan pelbagai penyakit. Air juga akan memelihara keutuhan sel-sel badan kita dan sekaligus membantu melicinkan proses-proses dalam badan seperti proses pencernaan, pengaliran darah, perkumuhan dan lain-lain. Air juga melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menstabilkan suhu badan. Satu lagi khasiat air (yang ni perempuan sgt suka!) air sebenarnya boleh membantu kuruskan badan sebab bila kita minum air masak bnyk2, secara tidak langsung selera makan akan berkurang..
Nah, apa lagi...jom minum air banyak-banyak...


p/s: sekarang cuaca agak tidak menentu..sekejap panas sekejap hujan..ramai yang dtg ke klinik sbb demam, batuk2dan sakit tekak...salah satu nasihat yg akan sy selitkan kepada semua pesakit saya ialah..MINUM AIR MASAK BANYAK2!!!

0 comments:

Post a Comment