"Sesungguhnya yang menurunkan penyakit itu jugalah yang menurunkan ubatnya."

Hadis riwayat al-Quda'i, Ahmad, Ibn Hibban dan Hakim

antibiotik oh antibiotik!

Sunday 5 June 2011


salam..

saya selalu didatangi pesakit yang datang dgn simptom demam, batuk dan selsema. Acapkali saya disuruh (mak aiii) oleh pesakit2 saya agar memberikan mereka antibiotik dan jika saya beritahu mereka tidak perlu bagi, mereka akan memandang saya seolah2 saya membuat dosa besar pula..hmmm...



sebenarnya tak semua penyakit tu perlukan antibiotik. first and foremost, antibiotik tu apa sebenarnya?
antibiotik ni merupakan ubat yang diberi pada penyakit jangkitan bakteria. DIULANGI, BAKTERIA ye...padahal x semua penyakit jika ni berpunca drpd jangkitan bakteria. sebenarnya yg plg common adalah jangkitan virus yg mana ianya tidak perlu dirawat dgn antibiotik malah biasanya pd pesakit yg ada daya tahan yg tinggi, jangkitan virus tu akan baik dgn sendirinya (kecuali bbrp viral infection yg bahaya spt denggi dsb).

ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum antibiotik diberi. pertama betul ke tu adalah jangkitan bakteria? jd doktor yg merawat perlu mengenalpasti puncanya dahulu. jikalau di hospital besar dulu, kami diwajibkan ambil blood for culture&sensitivity sebelum prescribe antibiotik utk mengetahui jenis bakteria dan antibiotik yg sensitif dgnnya. bkn main bg je ye!!

sekarang sebelum sy prescribe antibiotik, sy akan mengambil kira nature of the fever, sudah berapa hari demam (biasanya lbh 3 hari), ada chesty cough x, apa warna phlegm, sudah ambil ubatkah sebelum ni, kemudian sy akan ambil suhu bdn,examine throat tgk ada exudate (nanah) ke tak, auscultate lungs dan barulah akan buat keputusan nk bg ke tak antibiotik. lebih bagus kalau dpt ambil darah dan tgk white cell count and predominant. tp biasanya sy di klinik hanya akan ambil darah jika demam lebih 3 hari (after treatment).

satu lagi problem dgn pesakit2 malaysia ni suka sgt lompat2 klinik. mkn antibiotik 2 hari pastu bila demam dh baik sikit, terus stop. then bila demam semula sehari dua lps tu, akan pergi klinik lain dan mntk antibiotik lg..ermmm...sebenarnya antibiotik tu jika x dihabiskan akan menyebabkan resistant (kerentangan) pd bakteria tersebut. bakteria ni pandai, pd hari pertama dan kedua mkn antibiotik dia hnya akan menjadi lemah (ketika itu demam akan berkurang) kemudian bila pesakit stop mkn antibiotik, bakteria tu akan bangun semula dan mengubah dirinya menjadi lbh kuat sehingga antibiotik tu menjadi resistant terhadap bakteria yg tersebut. jadi jika pesakit itu demam semula, dia harus diberi antibiotik yg lbh kuat dan kuat utk melawan bakteria tu hingga akhirnya dh xde antibiotk yg mampu melawan bakteria tersebut!! haaaa...kan susah tu...

jadi nasihat saya,jika anda demam, jgn la just pergi farmasi dan beli antibiotik. pergilah berjumpa dgn doktor dan tgk apa rawatan yg diberi. sila dgr nasihat doktor yg merawat anda ye dan antibiotik tu WAJIB DIHABISKAN!

0 comments:

Post a Comment