"Sesungguhnya yang menurunkan penyakit itu jugalah yang menurunkan ubatnya."

Hadis riwayat al-Quda'i, Ahmad, Ibn Hibban dan Hakim

KENALI SIMPTOM ALERGI UBAT

Monday 6 June 2011


 Salam..

Bila anda pergi klinik/hospital, selalunya doktor yg merawat akan tanya "ada alergi atau alahan ubat apa2 tak?" apa pentingnya soalan ni? Sebab jawapan anda akan menentukan ubat apa yg blh dan tidak boleh diberi.


Alergi merupakan reaksi bdn kepada sesuatu yg terkena pd bdn atau dimakan seperti ubat-ubatan, debu, debunga, gigitan binatang, makanan etc. Simptom2 alergi ini variasi, blh bermula dgn sekadar gatal2 kulit hinggalah sesak nafas dan akhirnya mengancam nyawa. Antara yg agak common tetapi selalu dipandang remeh adalah alergi ubat. Semua ubat berpotensi menyebabkan alergi tetapi yg plg biasa adalah ubat thn sakit dan antibiotik. Biasanya org yg berisiko tinggi utk mendpt alergi ubat adalah pesakit asma (sebab asma ni sendiri mmg disebabkan oleh reaksi alergi kpd persekitaran dan makanan) dan pesakit yang memang ada alergi kpd bahan2 lain spt makanan, debu, bulu binatang etc. Simptom2 alergi juga berbeza mengikut peringkat umur.

Biasanya tanda2 akan bermula dlm hanya beberapa jam setelah ubat itu diambil dan kadang2 hanya akan ada setelah beberapa hari. Antara tanda2 yg perlu diambil perhatian adalah gatal2 kulit, ada bengkak2 merah pd bdn (org melayu pggl gegata/ lapar garam/ bedam), gatal2 tekak & mata, bengkak bibir, bengkak di sekeliling mata, pening kepala/pitam, muntah2, sakit perut, sakit dada, kulit menjadi kemerahan dan menggelupas serta sakit, sesak nafas dan kematian (sekiranya tidak dirawat dgn segera, biasanya disbbkan sesak nafas dan jantung terhenti).

Jadi bila anda mengalami simptom2 di atas, maka segeralah berjumpa dgn doktor dan sila bawa bersama ubat yg anda ambil sebelum itu. Catatkan nama ubat tersebut dlm kertas kecil, ltkkan di dlm dompet dan bawa bersama ke mana sahaja anda pergi supaya jikalau ada apa2 berlaku, anda blh beritahu anda ada alergi kpd ubat2 tertentu.. Tindakan yg sgt mudah dan senang ini blh menyelamatkan nyawa anda!

 ini dipanggil urtikaria/ bedam/ gegata/ lapar garam

1 comments:

Unknown said...

assalamualaikum,,biasanya berapa lama tempoh mse untuk alergi ni sembuh?

Post a Comment