"Sesungguhnya yang menurunkan penyakit itu jugalah yang menurunkan ubatnya."

Hadis riwayat al-Quda'i, Ahmad, Ibn Hibban dan Hakim

BUAH NAGA...YUMMY!

Tuesday 14 June 2011

Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah)


Siapa tak kenal dengan buah naga ni, angkat tangan!!

Rasanya semua org tau ni buah naga tapi mungkin ramai yang tak pernah makan sebab rupanya yang agak pelik macam alien tu kan?.. hehe.. Sebenarnya buah naga ini merupakan sejenis pokok kaktus dan berasal daripada Amerika Selatan. Ada 2 jenis yang biasa ditanam iaitu Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Tetapi ada satu lagi spesies yang kurang terkenal iaitu Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning.


Tahukah anda buah naga ni sebenarnya ada banyak khasiat dari segi kesihatan?
Antara khasiat buah naga yang telah dikenal pasti adalah:
  • baik utk sistem penghadaman dan peredaran darah
  • antioksidan
  • meningkatkan imuniti badan
  • mengurangkan paras kolesterol
  • mencegah kanser usus
  • menjaga kesihatan jantung
  • mengandungi keratin untuk kesihatan mata
  • meningkatkan metabolisme badan
  • meningkatkan kesuburan wanita
Jadi jgn lah takut utk makan buah naga ni tau..walaupun rupanya pelik tetapi buahnya sangat berkhasiat dan sedap... Kalau nak lagi sedap, letak dalam peti ais 2-3 jam dulu sebelum dipotong kecil2 dan dimakan sejuk2..wauuu...yummy!

Seleniereus megalanthus

0 comments:

Post a Comment