"Sesungguhnya yang menurunkan penyakit itu jugalah yang menurunkan ubatnya."

Hadis riwayat al-Quda'i, Ahmad, Ibn Hibban dan Hakim

API

Tuesday 14 June 2011

Salam..


Selalu kita dengar api ketika kecil menjadi kawan, ketika besar menjadi lawan.. Pernahkah kita terfikir kalau terjadinya tragedi ini, adakah kita bersedia utk menghadapinya?

Untuk entry kali ini, saya akan menulis tentang apakah tindakan kita jika terjadinya kebakaran.


  • pertama sekali, JANGAN PANIK
  • jika kita sedang memasak, tiba-tiba api menjadi marak di atas kuali/periuk, ambil sehelai tuala tebal yang besar ( biasanya tuala mandi), basahkan dengan air paip dan selubungkan tuala itu di atas dapur.  Jangan jirus air atas dapur sebab biasanya api akan jadi lebih besar (sebab ada minyak)

  • ketika kebakaran masih boleh dikawal, jika anda ada alat pemadam kebakaran, GUNAKANNYA tetapi anda harus lihat adakah alat pemadam kebakaran itu boleh digunakan. TIDAK SEMUA ALAT PEMADAM KEBAKARAN SESUAI UNTUK SETIAP KEBAKARAN. rujuk jadual di bawah:
*ehsan dari google


 Cara-cara menggunakan alat pemadam kebakaran adalah:
  1. PERIKSA DAHULU SAMA ADA IA MASIH BOLEH DIGUNAKAN ATAU TIDAK. Lihat pada penunjuk tekanan yang ada pada silinder, jika jarum menunjukkan warna hijau, bermakna ia masih boleh berfungsi jika warna merah, maknanya TIDAK BOLEH!
  2. INGAT 4 PERKARA: 
    • tarik pin
    • arahkan muncung alat pemadam api kepada kebakaran
    • picit pemegang untuk semburkan bahan pemadam
    • gerakkan silinder ke kiri dan ke kanan pada bahagian bawah api untuk padamkan kebakaran
                                       

 PERINGATAN: ALAT PEMADAM KEBAKARAN  HANYA MENGELUARKAN BAHANNYA DALAM MASA 30 SAAT SAHAJA JIKA DIGUNAKAN BERTERUSAN. PASTIKAN ADA RAKAN LAIN  DI BELAKANG KITA BERSEDIA DENGAN ALAT PEMADAM YANG BARU.
  • jika tidak berjaya, minta pertolongan dengan segera. Jeritlah sekuat hati 'API, API' supaya dpt menarik perhatian orang lain

  • jika api menjadi semakin marak dan asap semakin tebal, cepat2 keluar SAMBIL MERANGKAK kerana udara di bawah masih bersih. Kebanyakan mangsa kebakaran mati disebabkan lemas dengan asap.

  • Yang penting, sentiasalah BERSIKAP TENANG kerana jika panik akan lebih memburukkan keadaan. 

JANGAN LUPA NOMBOR KECEMASAN MALAYSIA:

0 comments:

Post a Comment