"Sesungguhnya yang menurunkan penyakit itu jugalah yang menurunkan ubatnya."

Hadis riwayat al-Quda'i, Ahmad, Ibn Hibban dan Hakim

MAKANAN BERKHASIAT UTK IBU HAMIL

Monday 6 June 2011


Salam..

Entry kali ni nk sentuh ttg ibu hamil lak. selalu ada yg bertanya, "dr,apakah makanan berkhasiat yg boleh sy mkn?" esp kalau first timer...so kt sini nk share sket..melalui apa yg saya belajar & baca...



1.BUAH-BUAHAN KERING- contohnya seperti kismis, aprikot dan kurma (kurma sgt elok utk kesihatan ibu hamil dan selepas melahirkan anak kerana selain menambah susu, ia juga elok utk memulihkan badan dan menambahkan tenaga).


2. SUSU- minum sekurang-kurangnya 3 gelas susu bg memenuhi keperluan kalsium yg meningkat 2x ganda semasa hamil


3. TELUR- sumber protein (selain daging, ayam, ikan)

4. SAYUR-SAYURAN- mengandungi asid folik, zat besi, vitamin dan fiber.


5. OREN- mengandungi vit c, asid folik dan fiber, juga mengandungi 90% air bg membantu memenuhi keperluan bendalir dlm badan.

6. OAT- mengandungi karbohidrat kompleks bg memenuhi keperluan tenaga seharian selain membantu mengurangkan kolesterol anda secara semulajadi.


Bukanlah sy menafikn khasiat makanan yg lain, tiada masalah kalau anda mahu ambil nasi seperti biasa cuma ini adalah antara makanan yg bagus utk ibu2 hamil amalkan...wallahu'alam..


0 comments:

Post a Comment